Hukum Menutup Aurat

Dalil Menutup Aurat

Download di sini DALIL MENUTUP AURAT

Pengertian Aurat :
Dari segi bahasa, aurat ialah sesuatu yang mengaibkan.
Dari segi istilah, aurat ialah bahagian tubuh badan seseorang yang WAJIB ditutup dan dilindungi daripada pandangan bukan mahram atau ajnabi.
Hukum menutup aurat adalah WAJIB bagi lelaki dan perempuan Islam.
Batas-batas aurat :
Aurat Lelaki :
1. Dengan perempuan mahram, auratnya di antara pusat dengan lutut.
2. Dengan perempuan bukan mahram, auratnya di antara pusat dengan lutut.
3. Dengan perempuan bukan Islam, auratnya di antara pusat dengan lutut.
Aurat Wanita :
1. Dengan mahram lelaki, auratnya di antara pusat dengan lutut.
2. Dengan lelaki bukan mahram, auratnya seluruh tubuh, kecuali muka dan dua pergelangan tangan.
3. Dengan lelaki bukan Islam, auratnya seluruh tubuh, kecuali muka dan dua pergelangan tangan.

Sebab-sebab Islam meWAJIBkan lelaki dan perempuan Islam menutup aurat :
1. Untuk menjaga dan memelihara kehormatan, kesopanan, dan maruah diri seseorang..
2. Menghindarkan diri daripada terjerumus ke arah perbuatan Zina..
3. Untuk membezakan antara keperibadian orang Islam dengan orang bukan Islam..
4. Menggambarkan bahawa orang Islam sangat patuh dan taat kepada perintah Allah..
Hikmah / Fadhilat / Kebaikan disebalik kewajipan menutup aurat ke atas orang Islam :
1. Memuliakan manusia sebagai makhluk yang istimewa.
2. Membentuk diri manusia supaya menjadi insan yang beradab.
3. Dapat mengelak diri daripada sebarang fitnah.
4. Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah Allah.

Islam menggalakkan umatnya berpakaian baik, bersih, cantik, dan menutup aurat kerana amalan tersebut mendatangkan kebaikan kepada manusia.

Antara kebaikan menutup aurat dan keburukan mendedahkan aurat ialah :

KEBAIKAN MENUTUP AURAT KEBURUKAN MENDEDAHKAN AURAT
Kehormatan dan maruah diri terjaga Mencemarkan kehormatan dan maruah diri
Dapat mengelak daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini Mendorong kepada berlaku perkara-perkara yang tidak baik
Dapat menghindar daripada terjerumus ke arah perbuatan yang tidak baik Dibenci dan dicemuh oleh orang lain
Dipandang mulia dan dihormati oleh orang lain Tidak melambang keperibadian Muslim sejati
Melambangkan keperibadian Muslim sejati Terdedah kepada gangguan lelaki yang tidak bermoral

Pakaian Menurut Islam

Islam menyuruh umatnya berhias diri dengan memakai pakaian yang menutup aurat mengikut kemampuan masing-masing.. Islam tidak menetapkan sesuatu fesyen yang boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita. Semua fesyen boleh dipakai asalkan menutup aurat dan bukan daripada jenis kain yang diharamkan.
Antara ciri-ciri pakaian dan perhiasan yang diharuskan ialah :
1. Hendaklah menutup aurat
2. Tidak nipis
3. Hendaklah longgar, selesa, dan tidak ketat
4. Pakaian lelaki yang tidak menyerupai pakaian wanita, atau sebaliknya
5. Lelaki tidak dibenarkan memakai emas dan sutera, kerana ia khas untuk perempuan
6. Tidak menyerupai pakaian sesuatu kaum.. Contohnya : Yahudi

Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah.

Jangan lupa tutup aurat!

jilbab

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s